Friday, December 28, 2012

Kita merancang, Tuhan yang menentukan =)

Salam

Di akhir penutupan 2012 ni, eloklah BK muhasabah diri sikit tengok plan yang berjaya dan plan yang belum lagi. Inilah dinamakan Allah perancang terbaik.



Ok, kalau tengok bulan January hingga March, hanya satu je plan berjaya iaitu Start writing novel. Alhamdulillah la juga cuz bukan senang nak writing novel. Kena feeling-feeling tulis ayat jiwang sikit plus BK ni manala reti sangat nak sweet-sweet ni. Lolz. 

Another two tu, BK rasa BK kena hold dulu sebab time tu pun BK masih study lagi last sem last year. So, takpelah , kira halal time tu. Haha. Study nak kena makan banyak wey ditambah pula dengan makan ngan member, memang harapan jelah nak reduce, just masa puasa haritu je turun 6 kilo lepas tu, raya, ambik kau , kembali pada berat asal. So BK consider Reduce 5 kg tu belum berjaya lagi. Haha. Pasal serious modelling tu BK indent kan pada bulan July, sebab BK ada hadir photoshoot dengan Blue T Production untuk majalah baru.

Pada yang tak pasti apa yang produksi ni buat, diorang la pengeluar majalah ana muslim tu. Yang ma BK selalu beli time kecil, sekali dah besar terus dapat photoshoot dengan depa. Hambik kau.




Menghabiskan masa dengan budak ni... hee

So, untuk bulan April to Jun pula, pergi Umrah je tade rezeki lagi walaupun kursus haji dah pergi. Huuu, tapi tape, usaha tangga kejayaan. Insyallah, mimpi tu memang ada nak pergi sana and terus tinggal dekat Mecca, semoga Allah permudahkan. Sebenarnya, kalau bolehlah , BK nak kumpul duit and plan nak pergi buat umrah/haji before BK kahwin... Kalau ada jodoh nanti. Hee. Kalau ada. Kalauuu tawww...

Ok, untuk bulan July-Sept pula, hanya satu je BK dapat ke arah itu iaitu be positive thinker. Ha, yang lain belum tertunai untuk tahun ni.  Insyallah, Tuhan tu Maha Mengetahui, pasti ada hikmah aku belum dapat lagi capai pada bulan tersebut. Eh "aku' pula? ahaha. k . malas na padam



                                           Alhamdulillah =')


Pada Okt-December pula, satu yang tercapai iaitu membuat Master. InsyaAllah, bulan satu tahun depan BK start class. Alhamdulillah. Thanks Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Memahami lagi Penyayang ='). Azam yang lain tu masih lagi dalam perancangan, cuma BK kena lagi berusaha kumpul duit untuk kegunaan family BK sebagai membalas budi mereka yang selalu support and always be there whenever BK rasa down especially my Parents. =') Thanks Allah sebab bagi family yang sangat memahami dan penyayang =')


BK juga nak ucapkan terima kasih pada semua family, member-member, and saudara mara yang very supportive, sentiasa beri kata semangat yang mungkin dalam keadaan sedar atau tidak sedar sepanjang tahun 2012 ni. Honestly, BK ingat setiap orang yang selalu support BK. Kadang-kadang malam-malam sebelum nak tido, BK selalu fikir orang yang sentiasa ada bila BK needs someone to listen, terharu weyh seyes. Dan yang paling BK terharu bila Allah yang kita tak nampak ni rasa dekat sangat dengan BK bila BK nak mengadu.=') Tuhan tu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Memahami. =') I Love Allah =') Thanks Allah.... =')



Back  to school. Hello UPM =) hee


------

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

K bye. 

=')

TAMMAT






Wednesday, December 26, 2012

Meet Ahmad Zahid Hamidi, Defence Minister


Salam

BK berkesempatan menghadiri satu event di Royal Bintang baru-baru ini.

Bagi BK, Datuk Zahid ni boleh tahan juga ilmu pengetahuan dia tentang agama. Mukadimah dia pun, baca ayat fasih semua. Baguslah.




So, that time, BK  duduk depan dia. Kalau perasan dalam gambar tu, nampak tak phone nokia murah BK atas meja warna hitam tu.

Aha, tahu untuk apa tujuan phone BK tu? sebab nak record der. So that kalau ta sure, leh dengar balik.

Pengetahuan Am 
Menteri Pertahanan Malaysia ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

TAMMAT

R Teyyy M

Salam
Ok, haritu  BK berkesempatan ke RTM untuk majlis konvokesyen kanak-kanak. Jadi, ni la first time BK pergi task sensorang. Cuak weyh.

Dengan muka slumbernya BK pun masuklah tanpa perasaan. Ok fine, semua muka gua tak kenal. Mujurlah, BK pernah pergi RTM before , so takdelah sesat nak pergi sana.



Jadi dekat sana BK duduk hujung sekali cuz kalau duduk depan nampak excited sangat pula sebab yang dapat scroll budak-budak bukan BK.. lolz 

Ok, masa tu teringatlah balik,  time tadika dulu. Pakai jubah ala-ala dapat degree gitu. haha.


Dengan DJ negeri.fm,(Radio Negeri.fm ada di RTM)  dia jadi juruacara untuk cousin BK dan sangat terhibur, dia cakap nogori kuat . aha

Apa yang paling menarik ialah bila diorang buat persembahan lakonan, happening gila. Rasa nak bab bab budak-budak tu. Kenapalah diorang chomel sangat!

Lepas terus balik office dengan perasaan gembira sebab rasa lebih excited for the next task. (ok ayat cliche).

ok

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

TAMMAT




Tuesday, December 25, 2012

Berjaya buat ice cream goreng. Mari lihat resepi.

Salam

Hari ini BK nak kongsi cara-cara buat ice cream goreng. Ok, senang je sebenarnya. Tiba-tiba rasa tajuk tu macam excited pula, al maklumlah 1st time buat-buat jadi pulak.

Bahan-bahan
Roti, ice cream and minyak

Barang-barang
Kitchen roller
Cawan 
Kuali untuk menggoreng




1st, Baca bismillah

2nd, kempiskan 2 keping roti tu guna roller dengan seikhlas hati lenyekkan.
       (Ini bagi mengelakkan roti menyerap minyak sewaktu menggoreng nanti.)

3rd, Lapisan pertama letakkan ice cream di tengah-tengah.

4th, Then, tutup dengan lapisan kedua

5th, gripkan guna cawan. Ala, macam buat karipap tu.

6th, Next masukkan dalam freeze bagi dia keras

7th, Then bila na makan, baru keluarkan dan terus goreng.(barulah ice cream        
       tu still keras bila makan)

Siap!




Gorengs

Selamat Mencuba!

TAMMAT

Monday, December 24, 2012

Meet Mohamad Hj. Hassan, Menteri Besar N9

Salam

Masa awal-awal BK bekerja, BK berkesempatan berjumpa dengan menteri besar(MB) N. Sembilan. Masa tu dekat wisma negeri pergi dengan mentor a.k.a supervisor BK . 


After pc

Masa first dapat task, nervous la juga takut tersalah dengar ke apa, sebab kita kena dengar sebijik sebijik apa yang dicakap takut salah.

Masa tu, BK duduk dekat kerusi sebelah kiri mengadap Tok Mat. 

Then, masa balik tu supervisor BK telah memperkenalkan BK pada MB. 

MB N.S a.k.a Tok Mat ni bagi aku cara layan orang, macam layan seperti seorang ayah kepada anaknya which is baguslah.

Dia pun adalah tanya, belajar dekat mana before semua, terpalit jugalah nama Uniten masa berborak sekejap dengan dia.

Apapun best jugalah, dapat kenal dengan ramai orang. Semua macam support, and ada juga yang senior-senior yang lain bagi tunjuk ajar.

Pengetahuan Am - Nama MB N.Sembilan ialah Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hassan.

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

TAMMAT

Sunday, December 23, 2012

Blog UzairOthman funky!

Salam

Baiklah, rasa dah lama sangat dah BK ta update blog ni, memandangkan kerja pun kena buat article juga, aha sampai blog sendiri pun macam invi je.


Uzair selepas shoot with Lisa


Ok harini, BK na update tentang satu blog yang rasanya sangat berguna for those yang rasa nak iklan or review product uolz. Ha, nampak first time kan BK review blog orang. 



Sebabnya BK rasa bersalah sangat dengan this blog owner, sebab terpaksa last minute cancel  shoot short video with lisa surihani.

So, BK harap dengan entry ni, sebagai tebus kesalahan BK. Yang penting owner blog ni masukTV ok dalam iklan Digi nanti with Lisa nanti. Ok, rasa sedih sikit ta dapat join. Aha



Btw, Blog ini merupakan blog seorang student dari ex U BK, dan banyak info-info berguna yang uolz boleh dapat dari kehidupan, pendidikan sehinggalah gajet terkini di pasaran.

Pendek kata all in one la. So, uolz takkan berasa rugi untuk melayari blog ini even BK sendiri selalu buka blog beliau, bukan stalk owner okeyh, hee, tapi untuk mendapatkan info berguna dalam blog tersebut.

Jadi kepada anda di luar sana, BK sarankan melayari blog ini dan sila follow beliau untuk sentiasa mengupdatekan diri dengan info terbaru yang berlaku di Malaysia mahupun di luar negara.

Owner blog ni pun rasanya selalu jugalah masuk paper and tv. So, rasa kalangan blogger pun ta perlu diperkenalkan lagi.

Yang penting Uzair ni pernah dijadikan sebagai default pic di twitter Pak Nil dimana PakNil telah letakkan gambar beliau bersama uzair baru-baru ini di acc twitternya. Kelas sangat okeyh. hee

Jadi jangan lupa melayari

                WWW.UZAIROTHMAN.COM

Tammat


Credit gambar

Uzair FB


Saturday, December 22, 2012

Hantaran "Truly Asia" yang ocem

Salam

Sempena musim cuti sekolah ni, tentunya ramai antara kalangan family kita yang buat kenduri kahwinkan?, ditambah pula dengan musim-musim buah-buahan yang tentunya sangat menggamit memori kepada peminat buah-buahan tempatan.

Apa kata, dalam kesibukan memikirkan buah-buahan apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran, apa kata kita praktikkan buah-buahan di bawah bertepatan dengan musim buah-buahan sekarang ni.


Tadaaaaa!!!!


 Jimat dan menepati tema musim buah.Sekian,

Credit Himpunan Gambar Lawak

TAMMAT